Kuliah Maghrib, Ustaz Agus.
Bagaimana menghidupkan hati yang mati?
Dengan tekun melakukan ibadah di mana 2 perkara pokok yang harus diambil berat :
1. Ibadah itu ikhlas tulen
2. Senantiasa merasakan ibadah itu hanyalah kecil dari pandangan Allah S.W.T, dan apa yang kita hendaki daripada perbuatan ibadah hanyalah kurniaan daripada Allah S.W.T
Ibadah ikhlas itu ada 3 peringkat :
1. Peringkat pertama : Ibadah ikhlas kerana kesenangan dunia. Eg. Solat dhuha kerana hendak murah rezeki.
2. Peringkat kedua : Ibadah ikhlas kerana nikmat akhirat. Eg. Nikmat syurga
3. Peringkat ketiga : Ibadah ikhlas semata-mata kerana hendak mendapatkan redha Allah S.W.T.
Setiap ibadah yang dilakukan, baik kecil atau besar ada nur daripada Allah S.W.T. Ada 3 peringkat nur :
1. Nur Hidayah – peringatan
2. Nur Iqbal – berterusan
3. Nur ??
Syair Imam Ghazali :
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar