Kuliah Maghrib, Ustaz Rashidi Jamil.
Mintalah yang terbaik daripadaNya.
- Sebaik-baik permintaan, mintalah hidayah daripada Allah S.W.T.
- Manusia ini mempunyai masa yang sikit tapi tanggungjawab yang banyak. Purata umur manusia hanyalah 60, 70, 80 tahun tapi tugas dan tanggungjawab yang dipikul sebagai hamba Allah sangatlah berat dan banyak.
- Manusia selalu berdoa, itu tandanya kita ni hamba yang lemah dan tidak berkuasa atas sesuatu. Antara doa-doa kita seperti dikurniakan zuriat, anak-anak menjadi pandai/beriman/bertanggungjawab, berdoa meminta pekerjaan yang bagus, dinaikkan pangkat, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, dan sebagainya. Tak salah berdoa tetapi haruslah difikirkan adakah permintaan kita ini keperluan ataupun keinginan?
- Hajat manusia tidak akan habis-habis selagi dia belum mati. Sebagai contoh, apabila kita tidak mempunyai kereta kita berdoa agar dimurahkan rezeki untuk beli kereta. Kereta pertama dibeli kereta Proton Saga 1.3, kemudian beberapa tahun kita tukar pula kereta Proton Wira, kemudian bertukar lagi Proton Waja, kemudian beberapa tahun lagi bertukar lagi kereta Honda pula dan begitulah seterusnya.
Istighfar
- Perlulah kita selalu beristigfar kepada Allah S.W.T.
- Setiap hari Nabi Muhammad S.A.W. beristigfar lebih kurang 70 kali. Ada ramai manusia yang mampu beristigfar lebih dari itu, ada yang 100 kali malahan ada yang sampai mencecah 1000 atau 2000 kali sehari. Namun persoalan penting yang harus ditanya adakah hadirnya hati didalam istigfar itu? Dengan bahasa mudah bukan kuantiti yang dikira tapi kualiti perbuatan itu.
- Saidina Ali R.A. pernah berkata “Wajib kamu beristigfar atas istigfar kamu yang tiada hadir hati di dalamnya.” *Nota : Mungkin ada kesilapan penulis dalam nota ini.
- Perasaan gerun dalam hati kepada Allah S.W.T. bukan hadir sehari dua tapi perlu diasah.
- Hidup hakiki bermula sesudah nafas ini terhenti – Hamka
- Orang yang mulia ialah orang yang tidak bermaksiat kepada Allah, orang yang bijaksana ialah orang yang lebihkan akhirat dari dunia.
- Tak pernah ada orang yang memuja dunia memiliki dunia, sebaliknya manusia hanyalah mewarisi dunia. E.g. Harta kekayaan, tanah, etc.
- Mati Belanda kerana pangkat, Mati Cina kerana harta, Mati India kerana mencari makanan, Mati Melayu kerana angan-angan – Hamka.